Tuesday, 29 May 2018

Hijrah

First of all, hi gaisss!!! Ya Allah dah lama gila aku tak blogging since aku dah pindah daripada klang ke kelantan ni banyak gila things to do sampai tak terbuka blog aku dan terlupa yang bahawasanya aku mempunyai BLOG! What the life. HAHAHAHA its okay taknak cerita banyak.

Sambil duk goyang kaki atas katil memikirkan masa depan yang tak pernah sudah tetiba idea aku muncul untuk berblogging balik. So yeahhh! Motif sekarang aku start blogging balik sebab aku nak cerita tentang penghijrahan aku. Okay seperti mana yang kita tahu banyak sebenarnya definisi hijrah ni tapi apa yang aku nak cuba sampaikan ialah hijrah dari satu tempat ke satu tempat dengan culture yang berlainan.Seperti mana yang kita tahu klang merupakan kawasan yang boleh dikatakan bandar *who with me? goyang bontot* okay nak jadikan cerita aku lahir di Kelantan kalau korang boleh tengok ic kad aku 03 k, HAHAHAHAH yang kenal aku tu tahulah. Okay lepas je aku lahir di Kelantan my parents terus bawa aku ke Klang sebab my dad kerja dekat Klang so no choice my mom kena ikutlah suaminya *sambil dengar lagu Ainul Mardhiah by UNIC*. Ya aku membesar di Klang pra sekolah di Tabika Kemas Baitul Jannah Klang, sekolah kebangsaan di SK (P) METHODIST KLANG, sekolah agama di SRA KG ATAP KLANG manakala sekolah menengah di SMK (P) METHODIST KLANG dan aku bangga jadi warga MGS-IAN sepanjang aku hidup.

Apa lagi nak cerita eh tetiba kehilangan idea, HAHAHAHHA. Okay got it, lepas je aku tamat pengajian aku dia MGS tu 17/12/2016 aku terus fly ke Kelantan atas sebab my dad dah retired.So bermulalah kisah aku yang baharu sebagai warga Kelantan actually takda apa yang pelik pun cuma bila kau dah terlalu lama duduk kota bila balik kg stay up dekat kg dengan kawan pun kau takda kau jadi loner, srs aku cakap siapa pernah rasa tuu kita geng wehhh yeah kita geng *sep kitttt* bila dah loner ni nak tunggu result SPM lagi memang pecah otak lah geng so aku decide untuk buat kerja-kerja dropship walaupun masa tu aku tak reti bawa kereta motor tapi aku masih ada altenatif media sosial untuk aku dapat income sepanjang cuti semester *hahahahaha acah dak dak u enn* okay pejam celik pejam celik, yeahhhhhhh dah masuk bulan 3 wehh result SPM sumpah aku cakap dia rupa rasa berdebar tu lain macam wehh tipu lah nak amik result SPM tu tak rasa apa apa and since dah pindah ni terpaksa la ulang alik klang-kelantan *jam menunjukkan 11:22 PM* tibanya hari untuk aku mendapatkan result *danggg* Alhamdulillah segala hasil air tangan aku, tungkus lumus aku selama ni pergi balik kelas tambahan jalan kaki berhasil aku berhasil untuk tidak ada satu subjek pun GAGAL ya Allah bertapa aku menghembus nafasa leganya ketika itu.HAHAHAHAH aku aim nak lulus je tak sangka tuhan bagi lebih.Apa apa pun Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik aku dari Kelantan ke Klang, Klang ke Kelantan selamat!!! Okay setelah memohon UPU Etc aku berhajat untuk menyambung pengajian aku di UiTM dengan kursus Pra Diploma Perdagangan di Kampus Machang bermulalah kisah aku sebagai seprang pelajar UiTM.

Semuanya berjalan dengan lancar Alhamdulillah tuhan mempermudahkan urusan aku ketika itu sebab life aku ni complicated sikit, so pada September 2017 bermula kehidupan aku di UiTM Kampus Machang tu dengan kursu Pra Diploma Perdagangan kepada yang nak tahu nak masuk kursus ni senang je dia nak 3 kredit dan lulus Bahasa Inggeris, Matematik je dah cukup untuk kau melayakkan diri kau untuk masuk UiTM dengan kursus seperti yang dinyatakan di atas tadi. Kursus ni tak lama pun 1 semester je kira kira dalam 6 bulan dan kau kena struggle sikit ahh sebab ni je peluang kau untuk sambung Diploma di UiTM so manfaatkan apa yang korang dapat bila pointer kau dah gempak kos apa yang kau nak kau akan dapat, DOA tu penting solat jangan tinggal, aku tahu bila dah masuk UNI ni kau akan rasa bebas dan malas untuk beribadat sebab takda sesiapa tegur even mak ayah kau pun takda dekat situ enn. Mental kena kuat, kawal nafsu sentiasa istiqamah dan betulkan niat kau nak belajar kerana Allah bukan nak belajar cari pasangan and so on and last but not least jangan sampai jadi culture shock k Dalam kursus ni korang akan banyak belajar pasal management, accounting, elc *learning english macam sekolah menengah*, ctu *macam pendidikan islam sekolah menengah* dan mat *matematik la pelagii* kalau korang dulu budak accounting masa sekolah menengah aku sure korang boleh perform masa finale.Srs k tak tipu

Sambil blogging ni aku tengah dengar lagu *sahabat sejati by UNIC* okay sedih jap aku rindu my secondary friends akuuuuuuuuu, HAHAHHAA Allahuuuu. Next, tibalah hari last aku berada di UiTM Kampus Machang ohhhhh lupa nak bagitahu uolls mana mana kursus di UiTM pada semester 1 korang memang wajib duduk Kolej ya so dun not worry tak payah nak servey hostel kepe k. Okay dah 6 bulan aku berada di Kampus tibalah masa untuk aku pulang ke rumah tercinta di Pasir Mas, Kelantan. Sambil menunggu keputusan finale dan keputusan penerapan aku ke Diploma aku ada juga amik part time kerja dekat Angsana, Johor kenapa Johor? Sebab orang kata Jauh Perjalanan Luas Pandangan. HAHAHAHHA aku jadi Sales Assistant je tak sampai beberapa bulan aku dah rasa penat aku pun berhenti dah sambung kerja mudah aku iaituuu Dropship tegar, sambil duk bekerja pada 23/05/2018 keputusan aku pun keluar dan aku dapat melanjutkan Diploma aku di UiTM Kampus Dungun, Terengganu. Nak tahu whats next? Stay tuned!!! Thankyou for reading, sorry kalini agak srs dan direct tanpa gambar, link etc. Hope you gais enjoy the story, keep supporting me on blogger :')

xoxo
 

No comments:

Post a Comment